Sosial

5 Barangan Souvenir yang boleh anda mula kumpul untuk next trip anda.

Bagi korang yang suka travel dan kerap travel, korang patut berfikir untuk mengumpul pelbagai souvenir sebagai tanda ingatan korang terhadap sesebuah negara yang korang lawati.

Jadi aku simpulkan 5 jenis idea barangan-barangan yang maybe patut korang start kumpul. At least, bila korang pergi travel, korang dah ada benda yang korang looking forward untuk cari untuk diri sendiri selain carikan fridge magnet untuk orang lain.

Barangan Pertama ialah Poskad. Mostly kebanyakan negara yang korang lawati, souvenir yang paling mudah dan murah didapati ialah Poskad. Poskad tu yang paling bernilai ialah, bila korang post sendiri menggunakan setem dan posto negara itu sendiri ke alamat negara korang. Kebanyakkan pulak, poskod yang didapati sangat mengambarkan sesebuah negara.

Dan bagi aku sangat berbaloi,untuk korang keluarkan belanja sikit untuk beli poskad dengan landmark negara-negara tertentu dan pos ke Malaysia. Bolehla korang simpan sebagai kenangan dan bukti korang pernah sampai ke negara yang korang lawati itu.

Yang Kedua ialah Starbucks Tumbler. Aku sendiri merupakan pengumpul Starbuck tumbler. Bukan apa, harganya juga bagi aku afforadble. Dan paling berbaloi kalau korang sendiri guna tumbler tu. Anyway, roughly harga sebotol Starbucks Tumbler dalam RM50-RM70 even korang beli kat overseas lepas conver ke duit Malaysia la.

Yang bagusnya, setiap Starbuck Tumbler yang korang beli kat negara luar, ada tertulis negara- negara tertentu. Contoh: Morroco, Lisbon, Dubai, Korea dan sebagainya bersama dengan landmark negara- negara tersebut yang mengingatkan korang kat negara- negara yang korang lawati itu.

Barangan ketiga ialah Hardrock Pin. Seperti yang lain-lain jugak , harganya collectable item ini juga tidak la terlalu mahal. Mostly negara-negara asing ada Hardrock. So bagi aku, korang boleh beli Pin Hardrock ini yang mengambarkan bendera atau nama- nama negara yang korang lawati. Korang boleh pin kan dekat beg atau simpan dalam almari cermin korang. Jadikan kenangan. Dan hargannya juga tidaklah mahal.

Barangan Keempat yang sangat aku suggest ialah Topi. Tak susah untuk korang cari dan masih dalam lingkungan harga yang berbaloi untuk dimiliki. Sama ada topi yang melambangkan negara itu sendiri atau topi yang melambangkan kelab pasukan bola negara masing-masing.

Dan yang terakhir ialah Tshirt . Ada yang gemar T- shirt Hardrock. Atau korang boleh je collect T-shirt biasa tapi yang mengambarkan negara tersebut. Contohnya bagi aku yang sangat priceless baju negara-negara yang jarang dilawati seperti Budapest, Seville dan Malta.

So kalau lepas ni, korang dah boleh pilih, collectable item apa yang sesuai untuk korang collect.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge