Sosial

Ada kemahuan, pasti jadi.

Orang dulu ada pepatah, ‘Dimana ada kemahuan, Disitu ada jalan’,. Biasakan kita dengar pepatah ni. Tapi pepatah ni memang ada benarnya. Setelah berada dalam bidang sales hampir 3 tahun ni, aku sangat percaya mengenai kemahuan.

Bayangkan, dalam bidang sales ni, dimana hanya berlandaskan komisen semata- mata, jika tak ada disiplin dan kemahuan yang tinggi, anda akan berakhir dengan membuang masa sahaja.

Apa yang aku alami, dalam setiap benda, bila kemahuan kita tinggi, segala alasan dapat diketepikan. Kehendak tu kena tinggi dan kuat. Macam budak merenggek bila nak kan mainan. Dia tak kisah malu ke tak, yang penting dia dapat apa yang dia nak, tapi sebagai yang dewasa, kemahuan yang mahu dicapai tu perlulah berlandaskan benda yang betul bukan melaui penipuan. 

Apabila kita dewasa, kekadang kita lupa pasal kemahuan tu. kita lebih kepada ‘playsafe’ , sebab kita takut pada kegagalan. Tapi bila difikirkan, hidup ni kan sekali sahaja. Kenapa kita tak pulun habis- habisan capai apa yang kita mahukan. 

Ia bukan la obses, tapi kemahuan pada dasarnya. Bila mental dan fizikal masih lagi mengizinkan, mengapa kita perlu beralasan. Ramai usahawan-usahawan dan bilionaire serata dunia yang berjaya, bukan sebab punyai sistem pembelajaran yang tinggi pun. Ada antara mereka hanya berkelulusan sekolah rendah sahaja. Tapi kemahuan mereka yang tinggi untuk berjaya, membuatkan meraka berada di tempat mereka sekarang.

Aku juga sehari ke sehari, selalu mengingatkan diri untuk sentiasa bersemangat untuk berusaha capai target dan impian dari sehari ke sehari. Kerana tak ingin ia sekadar impian semata- mata sahaja. Aku ingin jadikan ia Realiti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge