Sosial

Air Katira dan Murtabak Singapore

Bila berbicara mengenai bulan Ramadhan, menu istimewa yang selalu akan berkait ialah air katira dan muratabak singapore.

Air katira ini amat sinonim dengan bazar ramadan. Apa yang specialnya air katira ni sampai ramai orang suka air ini? Kerana ia istimewa diadun dengan ramuan herba semulajadi yang membantu menyegarkan dan menyejukkan badan. Susu badam, kurma dan susu yang terkandung dalam air katira kaya dengan protein, potasium dan kalori yang sangat baik untuk sel-sel badan.

Dan setahu aku, air katira ini sangat terkenal di Johor malah kini, kita boleh lihat di mana-mana bazzar Ramadhan pasti ada yang menjual air katira ini.

Biji selasih juga ada terdapat dalam Air Katira

Selain itu juga boleh dijadikan sebagai ‘milk booster’. Rasanya sangat ‘fresh’, wangi semulajadi dari jus pandan asli, creamy tanpa sebarang bahan pengawet & pewarna. Selain daripada itu herba-herba lain seperti buah kembang semangkuk, buah katira dan  biji selasih selain campuran susu bersama jus pandan asli di adun sekali menjadi pengikat keistimewaan di bulan Ramadhan.

Biji katira yang belum direndam

Menu special selain air katira di bulan Ramadhan ialah Murtabak Singapore. Bagi aku sendiri, nak cari murtabak singapore, selain bulan puasa agak susah di area damansara. Tapi pada bulan ramadhan, menu murtabak Singapore ni sangat mudah didapati.

Apa yang membuatnya berbeza dengan murtabak yang biasa ialah disebabkan saiznya yang lebih besar, daging yang banyak . Berbanding murtabak biasa, mostly kita akan rasa tepung atau telur yang lebih. Isinnya kurang.

Dan kalau pergi singapore, memang wajib beli murtabak di restoran Zam-Zam. Kat kedai dia ni, memang beratur orang beli untuk dibawak pulang. Sampai yang menunggu nak makan kat kedai dia pun lambat. Tapi sekarang, bila bulan puasa, senangla nak cari kat bazar.

Apa lagi, lepas ni jomla pakat cari 2 menu ni kat bazar Ramadhan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge