Sosial

Anak Lari Dari Rumah

Kerap kita mendengar mengenai isu sosial yang melibatkan remaja. Terutamanya remaja lari dari rumah. Seolah-olahnya ia menjadi trend pada masa kini.

Sehingga setiap hari kita boleh lihat ibu bapa meminta bantuan masyarakat sekeliling untuk mencari anak yang tidak pulang ke rumah setelah beberapa hari melalui televisyen malah media sosial.

Family yang happy

Ada kes hanya setelah beberapa hari, barulah ibu bapa sedar mengenai kehilangan anak. Itu pun setelah diberitahu oleh pihak sekolah mengenai ketidakhadiran anak ke sekolah.

Ia seakan- akan memberi sign kepada masyarakat harini, kesibukkan para ibu bapa menjadi penyebab dan penyumbang kepada masalah sosial remaja pada hari ini. Sehingga remaja mencari pihak ketiga untuk melepaskan segala perasaan marah, kesunyian akibat tiada tempat untuk luahan.

Stress di sekolah

Apabila kita kembali kepada pangkal kepada masalah ini, ia lebih kepada akibat dari desakan hidup. Terma Miskin bandar bukan asing bagi kita terutamanya yang tinggal di bandar. Zaman sekarang, kedua-dua ibu bapa perlu bekerja untuk bersama-sama membantu ekonomi keluarga.

Dengan itu ia sedikit sebanyak menyebabkan masa yang dihabiskan ke atas anak-anak kurang. Bukan kita hanya menunding jari hanya kepada para ibu bapa di bandar sahaja, masalah ini tetap akan berlaku ke atas sesiapa sahaja, jika anak-anak dan ibu bapa tidak mempunyai ikatan kekeluargaan yang kuat.

Dulu kita dimomokkan pada tahun 2020, kereta akan terbang. Walaupun sekarang pun masih belum lagi ada saja kenderaan yang terbang, tapi ia menunjukkan bahawa zaman teknologi yang canggih ini, menyebabkan dunia tanpa sempadan.

Anak-anak terdedah dengan dunia tanpa sempadan. Mereka menjadikan sumber teknologi ini untuk mereka berkongsi masalah dengan pihak ketiga walaupun dengan orang yang baru dikenali.

Dua orang rakan

So sebagai ibu bapa, the best solution ialah untuk menjadi rakan dan sahabat pendengar kepada mereka. Mari kita fokus kepada cara mencegah dari sibuk kepada cara mengubat setelah kejadian buruk sudah berlaku.

Hanya luangkan sedikit masa untuk menjadi rakan dan sahabat kepada mereka, supaya mereka tidak mencari alasan untuk mereka mencari jalan penyelesaian di luar. Dengan langkah yang kecil ini, harap ia akan dapat membantu mengurangkan indeks masalah anak lari dari rumah dan seharusnya ia bermula dengan kita.


One Reply to “Anak Lari Dari Rumah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge