Sosial

BerATV di Gurun Sahara

Setelah setahun rancang, akhirnya berjaya juga trip kali ni di laksanakan.

Boleh dipanggil trip 3 negara juga la. Morroco- Spain – Portugal. Salah satu tempat yang sangat tak sabar- sabar pergi ialah Gurun Sahara. Dan yang paling best pulak, ada peluang untuk bermalam dalam kem di Gurun Sahara.

Sebelum perjalanan ke Gurun Sahara ni, kami sempat melawat tempat- tempat menarik dia casablanca , Morroco. Kebanyakan di casablanca ni banyak tempat untuk dilawati seperti binaan- binaan Istana yang sangat istimewa design dalaman dan juga strukturnya.

Morrocco ni terkenal dengan binaan tiles yang berwarna-warni. Sehinggakan souvenir mereka pun ada bentuk-bentuk tiles yang berwarna – warni. 

Hari berikutnya, kami bertolak ke Gurun Sahara. 

First aktiviti yang kami pilih ialah ATV. Pada permulaannya, tanggapan kami, mesti hanyalah pengalaman di kemensah sahaja. 

Rupa- rupanya, cabaran dia lain. Cabaran perlu belajar kawal ATV di tempat tinggi. Kalau tak, mesti tayar akan tersekat n tenggelam dalam pasir. 

Selalu kita terpikir yang gurun sahara ni panas kan? Yaa memang panas, tapi pada waktu kami datang ni ialah, musim summer. Masih berangin sejuk walaupun bercuaca matahari terang. 

Keindahan permandangan di tengah padang pasir gurun sahara sangat menyenangkan mata. Cantik sangat. Dan pasirnya sangat halus.

Setelah hampir sejam kami berATV di tengah padang pasir kami pulang ke tempat center ATV dan melalui perkampungan berdekatan.kebanyakan mereka masih lagi mengamalkan kehidupan tradisional. Malah bentuk- bentuk rumah mereka masih lagi seperti zaman arab traditional.

Pengalaman ke Gurun Sahara betul- betul mengembirakan hati. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge