Sosial

BERCUTI DI HOTEL

Personally, dari waktu sudah bekerja dulu, aku juga akan ambil cuti maybe 2 bulan sekali hanya untuk duduk di hotel. Bukan apa, since aku masih lagi tinggal dengan keluarga, bercuti ke hotel membuatkan aku ada masa untuk diri sendiri.

Ada yang memanggilnya Hotel Hopping, bagi aku pula. Hanya percutian singkat ke hotel-hotel di sekitar bandar ataupun klang valley.

Bagi aku, percutian singkat sangat bermakna, sebagai salah satu aktiviti recharge diri supaya kita tak cepat bosan dengan aktiviti harian dan juga dapat merelakskan minda.

Korang boleh memilih hotel-hotel yang berdekatan seperti area KLCC ataupun PJ. Kalau mahu jauh sikit ke area Port Dickson ataupun Ipoh. Bagi aku , itupun dah memandai. Tak punya kos tinggi dalam kos pengangkutan dan jimat masa.

Bagusnya percutian singkat ke hotel-hotel Kuala Lumpur, kita akan jimat masa dalam kos perjalanan dan boleh mendapatkan idea mengenai hiasan bilik mahupun pengalaman ke hotel-hotel yang berbeza.

Nak rehatkan minda? Recharge? Tak payah pergi jauh. Maybe sudah masanya ubah surrounding sekali sekala pula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge