Sosial

Bermusafir ke negara asing

Ramai yang menganggap, bermusafir ke negara asing hanyalah semata- mata hanya untuk berjalan, bershopping atau hanyalah material kemegahan semata-mata.

Tapi bagi aku, pentingnya bermusafir ke negara asing sebab banyak mengajar erti untuk bersabar, independent dan juga keyakinan diri. Bayangkan, di negara asing, tak semua apa yang kita rancang dan kita hajati akan tercapai.

Perlukan kesabaran yang tinggi jika berlakunya perkara- perkara seperti terlepas train , hilang passport, terkandas di imigresen. Dan situasi ini akan banyak mengajar kita untuk bertenang, dan berfikiran secara kreatif untuk menyelesaikan masalah.

Satu perkara yang sangat aku hargai bila bermusafir ialah, dapat melihat budaya-budaya yang sememangnya berbeza dengan negara sendiri. Cara hidup mereka, cara mereka berniaga malah cara mereka menjalani kehidupan mereka. Membuatkan aku rasa bersyukur dilahirkan di negara aku, Malaysia.

Perubahan masa dan suhu juga, memang sedikit sebanyak mempengaruhi mental dan fizikal sewaktu bermusafir mahupun bila dan sampai ke tanah air. Bila kita tidak bermusafir, kita lebih kepada selesa dengan cara hidup kita yang sedia ada.

Keberanian untuk mencabar diri sendiri dari sehari ke sehari boleh kita explorasikan bila kita sedang bermusafir. Bila kita di negara orang, keberanian itu memang akan datang sendirinya. Seperti mencuba aktiviti-aktiviti extreme lain seperti buggy jumping, ATV, flying fox , swing.

Dengan itu, aku rasakan tidak salah untuk menggunakan masa dan wang untuk bermusafir ke negara asing. Banyak kelebihan dan pengalaman hidup yang dapat dipelajari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge