Sosial

Bulan Ramadhan Di Kuala Lumpur.

Kurang dari 1 minggu kita akan menjalani ibadah bulan puasa di bulan Ramadhan.Dan bila munculnya bulan puasa ini, kita dapat lihat pattern perubahan aktiviti juga yang berlaku.

Antaranya ialah, perubahan masa trafik yang akan lebih sesak pada masa seawal pukul 4 petang. Malah, jika salah waktu sedikit, mungkin kita akan terbuka puasa di dalam kesesakan jalan raya.

Kemunculan bazaar ramadhan yang banyak juga merupakan permandangan yang biasa yang kita  akan lihat.  Pelbagai isu seperti kenaikan harga makanan, ketidakpuashatian mengenai rasa bahkan juga pembaziran makanan seperti perkara biasa terjadi pada ketika ini.

Yang menariknya, pelbagai menu pelik- pelik juga wujud. Itu antara yang menariknya bulan ramadhan ini berbanding dengan bulan- bulan yang lain. 

Bubur lambuk juga merupakan salah satu hidangan yang menjadi sinonim dengan bulan puasa. Paling terkenal ialah bubur lambuk Masjid Kampung Baru. 

Bulan puasa, semestinya bulan yang ditunggu oleh semua umat islam. Malah ramai menggunakan bulan puasa ini sebagai masa untuk bersama keluarga dan sahabat handai. Dan ada juga yang mengambil masa ini untuk berjumpa dengan ahli keluarga di kampung.

Semestinya, diharapkan bulan puasa kali ini, akan ditempuh dengan lebih barakah dan bermakna dari tahun- tahun berikutnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge