Sosial

Faedah makan buah dahulu

Kebiasaan kita menjadikan buah sebagai dessert. Iaitu kita akan menjamah buah setelah menganghabiskan makanan utama kita terlebih dahulu.

Mengikut Ulama Imam al-Ghazali Rahimahullah:

تَرْتِيبُ الْأَطْعِمَةِ بِتَقْدِيمِ الْفَاكِهَةِ أَوَّلًا إِنْ كَانَتْ فَذَلِكَ أَوْفَقُ فِي الطِّبِّ فَإِنَّهَا أَسْرَعُ اسْتِحَالَةً فَيَنْبَغِي أَنْ تَقَعَ فِي أَسْفَلِ الْمَعِدَةِ وَفِي الْقُرْآنِ تَنْبِيهٌ عَلَى تَقْدِيمِ الْفَاكِهَةِ

Maksudnya: “Turutan cara makan yang dianjurkan adalah dengan mendahulukan memakan buah kerana itu sesuai dengan ilmu kedoktoran. Tambahan pula, ia (buah) lebih cepat dicerna maka lebih baik buah berada di bahagian bawah perut (berbanding makanan yang lain). Di dalam al-Qur’an terdapat peringatan agar mendahulukan memakan buah.” [Lihat: Ihya’ ‘Ulum al-Din, 16/2] .

Maka tidak dinafikan bertapa rutin untuk mengutamakan memakan buah dulu adalah penting dan memberi banyak kebaikkan.

Antara alasan lain, jika kita mengambil buah- buahan dalam masa 20-30 minit sebelum mengambil makanan utama ia membantu proses pencernaan kita dengan lebih baik dan buah mengandungi gula dan memerlukan waktu untuk dicerna. Maka kita akan terhindar dari penyakit sembelit.

Antara kebaikan lain ialah, jika kita mengambil buah dahulu, perut kita akan lebih kenyang dan mengurangkan pengambilan nasi. Umum tahu , pengambilan nasi berlebihan boleh memudaratkan kesihatan.

Kebaikan lain ialah jika makan buah setiap pagi saat  perut kosong (sebelum sarapan) membantu tubuh untuk menyerap nutrisi penting yang ditemukan dalam buah-buahan. 

Inilah beberapa alasan kenapa Anda harus makan buah sebelum makan nasi. Pastikan Anda menanamkan kebiasaan ini kerana akan memberi kebaikan untuk kesihatan anda dalam jangka panjang. Kita boleh cuba ubah perlahan-lahan. Bukan senang buat perubahan itu dalam sekelip mata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge