Sosial

Kedai Dobi Ekspress

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.

Harini terpanggil untuk bercerita tentang kedai dobi ekspress. Aku sendiri guna perkhidmatan dobi eskpress 2-3 menjak ni sebab tak berkesempatan nak basuh sendiri atau hantar ke dobi disebabkan oleh kekangan masa dan jadual travel yang padat.

5 tahun lepas, aku sendiri ada pengalaman menjalankan bisness dobi sendiri. Waktu tu, memang sebagai bidan terjun sahaja hanya untuk lengkapkan sewaan satu shoplot bersama adik yang ketika itu memilih untuk buka salun rambut.

Laundry

Waktu tu memang tak muncul lagi sistem dobi ekspress ni dan saingannya hanyalah kedai dobi yang jenis yang sama.

Pada masa itu, disamping bekerja di syarikat swasta pada siang hari, pada malam nya aku akan singgah ke dobi untuk closing akaun dan memantau apa yang patut. Memang agak payah untuk aku fokus dengan bisness dobi pada masa itu memandangkan kerja hakiki aku pada siang hari memerlukan aku untuk travel ke sana dan ke mari.

Memang penuh cabaran pada 1 -2 tahun yang pertama. Terutamanya dengan masalah pekerja yang sering bertukar . Kemudian tahun berikutnya kemunculan ‘ Coin Laundry ‘, pesaing terbesar untuk Dobi konvensional seperti kami.

Coin laundry

Pada mulanya memang sangat risau, dengan pesaing baru yang tumbuh seperti cendawan ini. Macam-macam strategi dah siap-siap pikir untuk bersama bersaing dengan mereka ini.

Setelah 2-3 bulan, dapat lihat sebenarnya kedua-dua bisnes dobi ini ada pasaran masing-masing. Bisness kami tidak terkesan secara major akibat dengan kemunculan mereka. Setelah diselidik dengan para pelanggan kami, mengapa mereka masih memilih konvensional dobi, ramai memberi sebab ialah kerana servis yang disediakan dan juga kerana masa.

Dari situ, kami sedar yang kami masih perlu tingkatkan pemasaran dan membanyakkan servis seperti penghantaran percuma jika masih ingin berkembang dan untuk kekal bertahan dalam industri. Boleh dikatakan masing- masing ada kelebihan dan kekurangan. Cabaran terbesar konvesional dobi ialah ia memerlukan pekerja yang tetap dan jika tiada pekerja operasi akan terganggu.

Cabaran terbesar untuk dobi ekspress pula ialah mengenai servis. Bukan semua orang punya masa untuk melipat baju dan menunggu untuk keringkan pakaian. Dari situ, boleh dikatakan setiap bisness ada kelebihan dan kekurangan.

Fold

Jika dengan ada pesaing baru kita terus merunggut dan tidak memikirkan strategi untuk terus bersaing, maka kita tidak membantu diri dan ekonomi kita untuk berkembang. Kita hanya akan jadi perunggut yang tidak berbayar dan kaki menyalahkan orang lain.

Jangan hanya cepat melatah, usaha untuk mengambil kedatangan pesaing sebagai cabaran untuk kita bertindak lagi ke depan.

3 Replies to “Kedai Dobi Ekspress”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge