Sosial

Kelebihan berpuasa

Alang-alang kita tengah musim berpuasa ini, nak share sikit kelebihan berpuasa terhadap badan manusia.

Ketika badan kita berpuasa,ia membantu dalam persediaan tubuh badan untuk melalui fasa puasa pada siang hari perlu diambil perhatian.

Ini bertujuan memastikan setiap individu akan kekal cergas dan tetap terus menumpukan ibadah ini sebagai satu bentuk latihan ketaatan kepada Allah SWT.

Ramadan yang mulia ini juga terkenal sebagai bulan ‘terapi kesihatan’ kepada beberapa jenis penyakit. Antaranya ialah kepada perokok dan penghisap vape tegar.

Mereka mampu untuk mengurangkan atau berhenti terus amalan yang membazir dan membahayakan kesihatan. Umum mengetahui, perokok tegar agak sukar untuk berhenti akibat kesan ketagihan terhadap nikotin, namun ketagihan itu lebih bersifat psikologi. Jika pada bulan puasa boleh menahan kenapa bulan lain tidak.

Kita yakin hikmah puasa bukan sahaja mampu meningkatkan iman kepada pengamalnya. Pelbagai kebaikan kesihatan juga akan turut dirasai.

Perubahan fisiologi badan berlaku pada fasa awal puasa menunjukkan sistem tubuh badan kita mampu berfungsi secara normal. Segala sel, otot dan fungsi organ tubuh terbabit secara langsung ketika perubahan fisiologi ini.

Selepas berakhir separuh Ramadan, pengamalnya akan beerasa badan semakin ‘ringan’ kerana sebahagian lemak tersimpan dalam otot dan hati digunakan sebagai sumber tenaga.

Seperti yang dibincangkan, hikmah puasa itu sangat luas dan boleh dijadikan satu daripada bentuk intervensi serta pencegahan penyakit. Amalan puasa ini boleh terus dilakukan juga di luar bulan 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge