Sosial

Kelebihan Membaca

Dengan zaman teknologi yang berkembang pesat tanpa sempadan ini, membaca masih diperlukan untuk makanan minda kita.

Dalam wahyu pertama umat islam juga, wahima ayat pertama ialah Iqra’ iaitu membaca. Dari sini, kepentingan membaca telah diberitahu sejak berdekad lamanya.

Sebenarnya membaca tak kira la membaca apa pun mempunyai banyak kelebihannya yang jarang kita nampak. Dari buku hinggalah ke internet asalkan benda yang dibaca itu bermanfaat pasti anda akan mempunyai banyak faedahnya.

Antara kelebihan dan faedah apabila suka membaca adalah :

1. Senaman Minda

Membaca ialah senaman minda. Pernah dengar dengan membaca kita dapat mengurangkan risiko nyanyuk. Dan juga anda akan menghadapi hari-hari yang tenang kerana dapat berfikir dengan baik oleh kerana anda mempunyai minda yang sihat.

Jika anda menganggap yang senaman tubuh badan itu sangat penting untuk mendapat kesihatan yang sihat maka begitu la juga senaman minda ini untuk kesihatan minda anda.

Dengan membaca anda akan melakukan satu proses aktif minda anda. Ini kerana anda menggunakan sel-sel dalam otak untuk berfikir dan mengaktifkan sel-sel tersebut seterusnya membuatkan minda anda menjadi lebih sihat.

2. Meningkatkan memori ingatan

Kalau anda tidak menggunakan memori, lama-lama memori anda akan menjadi lemah. Permainan seperti teka silangkata akan mengurangkan risiko anda untuk nyanyuk di hari tua.

Kelebihan membaca ialah ia dapat membantu meregangkan otot-otot memori dalam cara yang sama seperti anda bermainan permainan yang menggunakan memori.

Ini kerana membaca memerlukan ingatan lebih lanjut tentang apa yang anda baca itu. Secara tak langsung akan meningkatkan kekuatan memori anda.

3. Meningkatkan kreativiti

Apabila anda rajin membaca ia akan meningkatkan kreativiti dalam kotak fikiran anda sebenarnya. Dengan membaca ilmu-ilmu yang baru ia dapat menaikkan daya kekreatifan anda.

Dengan penambahan maklumat-maklumat yang lebih ia akan membantu memajukan bahagian kreatif dalam minda anda dimana ia menyerap segala perkara yang baru kedalam proses pemikiran. Seterusnya anda akan lebih kreatif untuk melakukan sesuatu perkara yang baru dalam hidup anda.

Kesimpulannya membaca memberi banyak kelebihan kepada minda. Dan anda mungkin rasa ia macam tidak berguna, anda mungkin tak sedar akan kelebihan membaca, tetapi percayalah, ia sebenarnya terselit di ruang maya minda anda dan akan digunakan bila tiba masanya tanpa anda sedari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge