Sosial

Kenapa kopi?

Kopi merupakan salah satu kewajipan bagi aku dikala di pagi hari. At least kena segelas. Dengan gula atau tidak, tak ada masalah. Yang penting segelas untuk memulakan hari. Dikala tengah lemau dipagi hari, kopi la penyelamat.

Disini aku senaraikan sedikit sebanyak kebaikkan kopi. Antaranyalah ialah :

1. Pemberi Tenaga

Banyak ujian terkawal yang dilakukan kepada manusia menunjukkan bahawa kopi meningkatkan pelbagai aspek fungsi otak. Ini termasuk memori, mood, kewaspadaan, tahap tenaga, masa tindak balas dan fungsi kognitif umum.

Seperti yang kita tahu, kopi mengandungi kafein. Kafein ini la yang membantu meningkatkan ransangan otak dan kewaspadaan kepada diri kita.

2. Membantu membakar lemak dan metabolisme badan

Kafein dibuktikan sebagai salah satu sumber semulajadi untuk membakar lemak. Beberapa kajian menunjukkan bahawa kafein dapat meningkatkan kadar metabolisme sebanyak 3-11% . Kajian lain menunjukkan bahawa kafein secara khusus dapat meningkatkan pembakaran lemak, sebanyak 10% pada individu gemuk dan 29% pada orang individu yang kurus.

Bagaimanapun, kesan-kesan pembakaran lemak ini akan berkurangan sekiranya peminum kopi mengamalkannya dalam jangka masa yang panjang.

3. Memberikan ketenangan

Aroma kopi yang wangi dan segar memberi ketenangan kepada minda. Cuba anda masuk ke kedai kopi. Bau semerbak kopi sangat menenangkan minda. Terutamanya jika anda tak cukup tidur di malan hari.

Kesimpulannya banyak khasiat yang anda dapat dengan mengamalkan minuman kopi. Namun, adalah lebih elok sekiranya jandungan gula dan krimer dalam kopi yang anda minum juga dapat dikurangkan. Ini kerana, kopi membantu untuk mengurangkan risiko diabetes jenis II, namun bimbang jika anda kerap meminum kopi susu yang manis, penyakit diabetes tidak dapat dielakkan.

Kopi adalah sangat elok jika diambil dengan kadar yang sepatutnya. Bukan secara berlebihan. Tidak diambil 4 jam sebelum tidur dan diambil dengan berkadaran 2-4 cawan sehari sahaja. Ada yang mengambil berlebihan boleh mengundang ketagihan dan akhirnya migrain jika anda tidak mengambilnya.

Oleh itu pengambilan kopi hendaklah secara bersederhana janganla berlebih-lebihan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge