Sosial

Kepentingan Car Seat

Sempena nak melalui musim perayaan ni, ibu bapa la paling sakan sibuk untuk menyediakan persiapan hari raya. Bertambah yang merancang untuk berjalan jauh.

Orang Malaysia khursusnya, agak kurang peduli dengan pentingnya Car Seat. Ramai ambil mudah dan remeh sehinggalah kemalangan terjadi.

Antara kepentingan Car Seat ialah:

1. Menjaga Keselamatan Anak Kecil

Seperti yang kita tahu, tujuan utama Car Seat untuk bayi dan anak kecil adalah untuk melindunginya daripada sebarang kemalangan atau sebarang insiden yang boleh mengancam keselamatan.

Undang-undang penggunaan car seat adalah wajib di kebanyakan negara Eropah, di mana ia mesti digunakan oleh anak kecil sejak lahir hingga 6 tahun. Bukan itu saja, kanak-kanak di sana juga mesti memakai booster seat sehingga mereka benar-benar memiliki cukup ketinggian untuk memakai seat belt biasa di kereta.

Dekat malaysia, penguatkuasaan belum lagi 100% tapi sudah ada ibu bapa yang mengambil berat tentang pentingnya Car Seat ini kepada keselamatan anak mereka.

2. Mudah

Penggunaan Car Seat ini mudah untuk ibu bapa yang travel jauh mahupun dekat, walaupun tanpa pasangan. Anak yg selesa dalam carseat tak kisah berjalan tanpa salah seorang ibu atau bapanya. dah banyak study dan awareness dibuat, sekuat mana, seketat pelukan ibu pada anak kalau dalam kemalangan, peratusan anak tercampak dari pelukan ketat-mesra-penuh-kasih-sayang itu tersangatlah tinggi. Common sense, apapun kita biar kita self- protect auto reflect, mana sedar siapa di pangkuan. baik mencegah dari menyesali.

3. Portable dan mudah dibawa kemana-mana

Kelebihan car seat ni juga senang nak diusung ke mana2. Bayangkan anak tengah tidur dalam carseat, kita pulak dah sampai destinasi. Kalau didukung nanti anak mudah terjaga. So apa yang korang boleh buat, korang boleh angkat carseat tersebut dan bimbit ke tempat yang nak dituju. Ramai yang biasa saya tengok bawak carseat ketika kenduri ataupun restoran diletakkan di atas meja. senang. kita dapat pantau anak yang sedang nyenyak tidur.

4. Pelbagai guna

Bagi mereka yang ada masalah nak tidur di tempat baru Car Seat lah penyelamat nya. sambil minum susu botol, dodoikan anak dalam carseat sampai terlena. dah nyenyak, pindah anak ke atas katil. Berkesan tau . Cubalah sendiri.

Banyakkan kelebihan dari keburukan car seat. Cuma ibu bapa kena bijak menggunakan sepenuhnya Car Seat ini. Dan pasanglah car seat ini mengikut cara yang betul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge