Masih ingat lagi , setelah graduate dari universiti, perasaan ingin mencuba pelbagai jenis kerja seiring dengan kelulusan sangat membara. Stigma ramai graduan ketika itu, termasuk gaji kelulusan pemegang ijazah mestilah setinggi seperti yang di gembar gemburkan. Mungkin dalam lingkungan RM 3,000.
Tapi setelah pergi interview, kami para kawan- kawan terkejut kerana gaji yang di offer hanyalah lingkungan RM 1000- RM 1500. Kurang dari RM 2000 sebulan. Berbeza yang dimomokkan di dalam drama- drama melayu.
Dari situ bermulalah pecahan- pecahan definisi mencari pekerjaan pertama kami. Ada yang terus mengambil keputusan untuk memohon di sektor kerajaan dengan harapan gaji lebih tinggi dan lebih terjamin dan ada yang mengambil langkah untuk fokus ke pekerjaan yang berlandasan komisen semata- mata.
Bagi aku pulak, aku lebih kepada mencari pengalaman dan mencuba pekerjaan yang mencabar. Bukan apa, kalau boleh nak guna sehabis baik ilmu yang dipelajari dulu waktu universiti di alam pekerjaan. Akhirnya setelah beberapa tahun mencari, akhirnya bertemu dengan kerja yang sangat diminati. Yang bukan 100% duduk ofis semata- mata, bahkan memberi pendapatan yang lumayan berbanding kerja – kerja sebelum ini.
Bila kerja yang sangat kita minat, kita akan lebih tertumpu kepada memberi sehabis baik tenaga dan usaha dan duit itu akan datang kemudian.Keikhlasan dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan tu jugak akan terserlah. Dan kenaikan berlaku dan akhirnya kenaikan gaji dan pendapatan pun ada.
Akhir sekali, pendapat aku, minat perlu ada dahulu dalam memilih sesuatu pekerjaan. Jangan risau bab duit tu. InsyaAllah akan mudah ia datang. Mengikut pengalaman aku la.
Alhamdulillah, kini juga aku boleh bangga berkongsi , pada umur 30 an ni juga aku sudah berjumpa dengan kerja yang secocok dengan minat dan pendapatan yang aku mahukan.
Bukan itu sahaja, aku juga punya masa untuk melakukan aktiviti yang aku suka, seperti travel bersama kawan baik aku dan juga berkesempatan menjaga arwan ayah aku sewaktu arwah tengah uzur dahulu. Tak salah pilihan aku.
Leave a Reply