Ketupat palas dan juga nasi impit ialah benda yang wajib di pagi hari. Dua- dua boleh dimakan dengan rendang dan kuah lodeh. Tapi apa yang membezakan kedua- dua ini ?
Ketupat pula ada dua jenis ketupat – ketupat nasi (dibuat daripada beras biasa) dan ketupat daun palas (dibuat daripada beras pulut). Mula-mula, daun kelapa perlulah dianyam terlebih dahulu untuk menyediakan sarung ketupat. Kemudian masukkan beras melalui pembukaan yang kecil.
Selepas sarung ketupat diisi, ianya ditutup dan direbus dalam air hingga masak. Seni menganyam ketupat selalunya diturunkan dari generasi terdahulu. Ketupat ini biasanya dimakan dengan rendang, kuah kacang dan satay.
Ketupat daun palas pulak biasanya diisi dengan pulut. Dan selalu dimakan bersama serunding. Makanan tradisi ini sangat popular di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Orang Perlis dan Kedah.
Nasi Impit pula merupakan sejenis makanan tradisional Malaysia dari yang sering dimakan bersama kuah kacang. Ia merupakan sejenis makanan yang dibuat daripada nasi yang ditekan atau dilenyek di dalam bekas sehingga membentuk ketulan besar. Hasil akhirnya hampir sama dengan ketupat nasi. Ia juga sering dimakan bersama hidangan sate atau soto.
Bertambah la sekarang, kita senang je dapatkan nasi impit dekat kedai-kedai berhampiran. Just bukak plastik dan rebus sahaja. Sangat mudah. Ia sangat popular sekarang kerana kepakaran menganyam ketupat tidak diperlukan.
So dah tahu pilihan mana di hari raya? Ada yang instant untuk dua-dua jenis ketupat. Semua mudah dengan dihujung jari aje .
Leave a Reply