Sosial

Korang gayat ?

Aku dikenali sebagai seorang yang sangat takut dengan ketinggian. Lalu kat tepi kelas aku waktu sekolah menengah dulu pun dah rasa takut teruk. Tak tinggi mana pun, tingkat 5 je . Bertambah kalau naik escalator tinggi-tinggi dekat mall. Sampai kekadang terkedu kaki kat tepi tu tak boleh nak bergerak.

Gayat melampau

Perasaan tiba- tiba terkedu kat tepi balkoni atau walkway dekat mall tu tak best langsung. Sampai kekadang ada orang yang perasan. Bertambah bila tetibe kau rase nak jatuh bila keras je kat tepi escalator.

Sejak tu , memang bertekad nak sangat lawan perasaan gayat ni. So antara bucket list yang patut aku buat ialah, buggy Jumping dan sky dive.

Tahun 2018, bersama-sama travel buddy aku, kami menjadikan New Zealand sebgai tempat untuk kami lawati dan tempat untuk penuhi bucket list yang dah lama diperam. Buggy jumping , Swing dan juga Sky dive antara ‘TO DO LIST ‘ yang patut kami cuba.

Berdebar menunggu giliran

Dijadikan cerita, suhu di New Zealand pada waktu itu sangat sejuk dan masa kat New Zealand tu aku tak bawak pakaian yang sepatutnya. Sehari sebelum buat Sky Dive dan buggy jumping tu aku demam teruk. Dan ada perasaan untuk taknak join buat benda alah tu. Kiranya ini ‘escape plan ‘ la.

Tapi tak berjaya . Paksaan demi paksaan oleh kawan baik aku . Yang sepatutnya sky dive yang hanya ketinggian medium di upgrade ke level ketinggian maksimum. Hampeh je rase waktu tu.

Bersiap sedia

Akhirnya, masa ditunggu telah tiba. Masa naik kapal terbang untuk terjunan pun aku dah rasa nervouse teruk. Selawat banyak kali kot waktu tu.

Sampai turn aku, akhirnya, tenangkan hati, dan terus buat terjunan. Pergghh.. cantik rupenya view ni alam ni dari atas. Hahah. Hilang kegayatan . TIPS dia ialah rupanya, hanya perlu tarik nafas dalam-dalam, jangan fikir banyak dan bertenang. Tapi waktu nak landing plak, dok pusing- pusing membawa kepada kepeningan melampau. Landing je, terus cari port muntah. Hahah..

Selesai sudah..

Anyway, ini merupakan pengalaman yang bermakna dalam hidup. Terlaksana jugak one of bucket list aku untuk melawan kegayatan. Belum sambung lagi part buggy jumping lagi ni.. Tunggu next entry plak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge