Sosial

Memori zaman kanak-kanak

Pengalaman ketika sekolah rendah, mengenai air deras. Untuk pengetahuan, aku ada 2 ketakutan. Iaitu, ketinggian sebab gayat teruk dan air deras sebab sangat cepat panic, kurang reti berenang. 

Tapi sebab ketakutan tu la, lagi la suka buat sebab selalu yakin boleh conquer takut. 

Berbalik kepada pengalaman ngeri ketika itu, tengah menunggu ayah ambil dari sekolah.

Hujan lebat gila, dan ayah masih tak sampai untuk ambil dari sekolah. Tanpa pikir panjang, ambil keputusan untuk ikut kawan balik rumah jalan kaki. 

Sedang melalui satu kawasan untuk balik rumah, rupanya ada satu kawasan yang tengah banjir dan air tengah deras sangat. Dan maybe ketika itu masih sekolah rendah, tak terpikir langsung mengenai bahaya. 

Kami berdua sambil berpegang tangan, menyeberangi laluan sungai dengan melawan arus yang deras waktu itu. Dalam hati memang takut untuk seberang arus, tapi tetap buat jugak. Pengaruh rakan sebaya la katakan.

Tanpa disangka2, tangan terlepas gengaman , dan saya hampir hanyut mengikut arus. Dan nasib baik ketika itu, ada seorang pakcik yang terus datang tarik tangan dan selamatkan saya. Sangat cemas situasi masa itu, dengan saya yang sangat panic dengan air yang deras. 

Di tarik ke tepi , ke tempat yang selamat. Diajar bertenang dan akhirnya singgah ke rumah kawan yang berdekatan untuk berteduh. Waktu tu dah la takde handphone, so memang try untuk call rumah untuk inform ayah ambik dari rumah kawan.

Akhirnya , dalam pukul 10 pm, ayah sampai rumah untuk amek , pakej dengan bebelan yang panjang sepanjang perjalanan balik rumah. Kalau la ayah tahu, ape anak dia ni tengah hadap siang tadi, mahu pakej sekali dengan tambat tali pingang dapat sebab  perangai yang degil sangat.

Seminggu takut dengan air . Even waktu mandi, ada fobia untuk rasa lemas bila air direct ke muka. 

Perlahan- lahan, aku belajar untuk hadapi ketakutan air Apa yang aku belajar dari memori tu ialah, belajar hadapi ketakutan.  Even mengambil masa sedikit. Percayalah . Berbaloi. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge