Sosial

Mengawal kemarahan

Semua orang ada tahap kesabaran masing-masing. Kita boleh lihat perubahan dalam bentuk fizikal apabila sesorang itu menjadi marah.

Reaksi pertama yang mudah dilihat pada seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota fizikalnya seperti muka menjadi merah, urat – urat leher menegang, tubuh seakan – akan mengigil kerana geram, suara menjadi tinggi manakala mulut mula mengeluarkan perkataan yang buruk samada mengutuk atau mengeji.

Selain itu, akibat daripada emosi marah tanpa kawalan, seseorang itu boleh bertindak memukul, menumbuk atau membunuh.

Mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain dan akhirnya mewujudkan permusuhan serta kebencian.

Antara 3 tips mengawal kemarahan ialah :

1.Minum air sejuk

Kerana air memang akan menenangkan dan menyejukkan. Syaitan dijadikan daripada api, maka siramlah api yang berada dalam badan dengan air.

Jangan lupa baca Bismillahirrahmanirrahim setiap kali hendak minum air. Selain itu, jika dapat berwudhuk adalah lebih baik.

2. Bergerak jauh dari orang yang dimarahi

Dengan cara tersebut, kita dapat mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini, seperti pergaduhan, bertumbuk yang boleh membawa ke arah pertumpahan darah.

3. Belajar untuk memaafkan dan mendengar

Dengan belajar mendengar, kita dapat bertenang dan juga mengelakkan salah faham. Selepas anda meluahkan perasaan anda, izinkan pasangan anda untuk bercakap dan jangan mencelah. Selepas dia habis bercakap, ulangi kata-katanya secara ringkas untuk menunjukkan bahawa anda memahami perasaannya. Tindakan ini dapat membantu anda untuk mengawal kemarahan anda.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge