Sosial

Nasi Vanggey

Tiba- tiba malam ni teringat pula nasi Vangey Ipoh. Semalam baru je balik dari ipoh. Memang nak singgah. Tapi meninggatkan nak rushing balik Kuala Lumpur, tak sempat singgah.

Nasi Vanggey dalam bahasa tamil ialah untuk ‘come, come’ , merupakan restoran india Muslim. Nasi Vanggey juga dikenali sebagai Nasi Ganja.

Nasi Ganja atau juga Nasi Vanggey juga memang menjadi trademark di Ipoh. Nasi Ganja rupenya seperti ala Nasi Kandar bak kata orang Penang. Jadinya Nasi ganja, mungkin sebab bila kita dah rasa, teringat-ingat sampai sekarang kot. Itulah istimewanya nasi ganja ni.

Lauk pauk utama adalah ayam goreng, dan telur masin, disiram pulak dengan kuah kari ikan dan bendi. Lepas tu ada sambal kelapa yang special. Bagi aku sendiri, yang menyedapkan nasi ganja ialah kuah kari ikan dan ayam goreng dia.

Untuk lokasi Nasi Vanggey ini,jangan terkejut pulak, sebenarnya restoran ni adalah sebuah restoran Cina, tapi yang jual nasi ganja ni adalah India Muslim yang berkongsi kedai dengan restoran Cina ni.

Nama restoran adalah Yong Suan Restaurant terletak di Jalan Yang Kalsom. Untuk alamat restoran adalah seperti berikut:-

Nasi Kandar Yong Suan (Nasi Ganja)Jalan Yang Kalsom30250 Ipoh, Perak. 

Cara di restoran ini, untuk yang makan di kedai, ada mamak yang akan ambil order, dan untuk yang air ada auntie nyonya yang akan ambil order pulak.

Bagi yang berminat nak makan dekat restoran ini, datangla awal. Orang ramai dia boleh tahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge