Sosial

Pengalaman BerOJT di McDonald’s

Aku tertiba teringat untuk menulis mengenai pengalaman aku berOJT di McDonald’s apabila bekerja dengan dengan McDonald’s Malaysia hampir 5 tahun lepas di bahagian Pembangunan Hartanah.

Memandangakan aku sendiri sangat suka makan Fast food, so dapat bersama- sama bekerja di McDonald’s dan ditugaskan didalam department mencari Site Opening baru. Kerja aku , cari site , negotiate dan buka restaurant baru.

Ramai yang tak tahu, sebagai pekerja HQ setiap quarter kami juga akan bersama-sama dengan pekerja-pekerja di restaurant untuk merasai pengalaman bekerja supaya kami juga memahami proses operasi.

Untuk pengetahuan, kebiasaanya, selepas SPM kawan- kawan aku yang lain, ada kesempatan bekerja secara part time di restoran-restoran fast food. Tapi aku memilih untuk bekerja dengan family aku sendiri di restoran kami.

Aku yang tak punya pengalaman bekerja sebelum di selain di restoran famili, sangat teruja dengan pengalaman baru. Sebagai pembantu kami diberi peluang untuk memilih bahagian yang kami suka. Sama ada di front counter, floor mahupun kitchen.

Aku memilih di bahagian floor, memandangkan pengalaman pertama. Teryata walupun kami hanya bertugas selama 3 jam, Jam yang pertama berdiri sangat memenatkan. Boleh lenguh kaki kalau tak pakai kasut yang sebetulnya.

Sejak hari tu, aku sangat appreciate orang yang boleh bekerja dekat fastfood restaurant. Pengalaman kerja dekat Floor pun bagi aku sangat memenatkan. Kalau kerja kat restoran famili aku, memang ada sahaja masa nak duduk dan melepak. Belum lagi pengalaman aku OJT dekat bahagian kitchen terutama bahagin Fries. Jenuh wei. Dengan setiap set ada fries, memang cramp la tangan dan berpeluh panas.

Walaupun sudah hampir 6 tahun meninggalkan company burger ni, tapi pengalaman bekerja di sini sangat mengajar aku mengenai keberanian, gigih dan sikap ingin maju ke depan lagi. Dan pengalaman bekerja US company based banyak mengajar aku , siapa aku hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge