Sosial

PENGALAMAN DI BARCELONA CAMP NOU.

Dari waktu kecil aku memang bermimpi nak tengok live football match kat stadium. Selalu tengok kat televisyen kat rumah aje dan paling havoc pun tengok kat mamak ngan member- member terutama waktu world cup.

Nou camp pano view

6.03.2018, dapat peluang bersama-sama geng – geng satu company terpilih untuk trip ke eropah , Sepanyol. Barcelona Camp Nou antara dalam itennary. Melompat bila dapat tahu. Bukan setakat melawat, tapi berpeluang tengok salah satu match La Liga lagi.

Bila sebut pasal Camp Nou, mesti sinonim dengan Messi dan juga FC Barca. Sesampai di perkarangan stadium, rasa macam budak kecik dah. Tak keruan perasaanya. Boleh kenal setiap muka pemain yang terpampang di perkarangan stadium.

Nou camp
Di pintu depan stadium

Setengah hari kami membuat lawatan ke dalam stadium itu sendiri. Tengok bilik persalinan, piala- piala perlawanan, video- video perlawanan.

Stadium Tour

Hari berikutnya, ialah hari yang dinantikan. Menyaksikan perlawanan antara FC Barca vs Sevilla FC di dalam LA LIGA League. Pengalaman dalam stadium itu sendiri, tengok Messi jaringkan goal lagi la tak ternilai pengalamannya.

Sorakan yang berkumandang, dari para penyokong tu sangat manis perasaannya. Dengan berkapasiti 100,000 tempat duduk, bayangkan la sorakan yang berkumandang tu yang selalu dengar dekat Tv je , tapi kali ni Live. Meremang..

Game match FC Barca Vs FC Sevilla

Usai, habis perlawanan, kami bershopping sakan di kedai sukan di dalam kawasan stadium. Tanpa memikirkan conversion rate mata wang asing, satu- satu disambar. Antaranya salah satu ‘Home Sweater ‘ FC Barca. Yang paling priceless, bila time nak stamp Nama, budak kaunter tu offer nak letak bendera negara sendiri. Dan aku sebut la ‘Malaysia ‘ , sekali ada . Perghhh…

Home jersey

Pengalaman dalam Nou Camp buat aku simpan tekad, untuk buat bucket list melawat dan menyaksikan game- game live di stadium di luar negara pula lepas ni. NEXT ;Manchester United game pulak .

Nou Camp


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge