Sosial

Pengalaman perkhemahan ke Baling, Kedah.

Mengisahkan pengalaman aku pergi ke perkhemahan yang pertama bersama- rakan- rakan sekerja.

Perjalanan yang mengambil masa lebih dari 8 jam itu bermula dari  jam 12 tengahari dari klang dan disertai dengan 2 buah kereta berkonvoi untuk ke Baling, kedah. Setelah selesai kami berkumpul dan perjalanan dimulakan dengan tanpa masalah seperti yang dirancang.

Setelah beberapa jam,  tanpa kami sedar, kenderaan yang dipandu oleh rakan kami mengalami kerosakan yang teruk yang akhirnya menyebabkan perjalanan kami terpaksa ditangguh buat sementara waktu. 

Disinilah kami diuji. Segala keputusan harus dibuat. Sama ada meneruskan perjalanan tanpa  kehadiran rakan yang lain atas faktor tiada kenderaan untuk dinaiki atau mengambil langkah untuk berpatah balik ke klang semula, dan mengambil kenderaan yang baru , dan membantu menghantar kenderaan yang rosak tadi ke bengkel.

Akhirnya kami sepakat, atas dasar persahabatan, kami berpatah balik ke tenpat berjumpa dan bersama-sama memulakan perjalanan.

Dugaan tadi, sedikit pun tidak mematahkan semangat kami untuk kembali bermula semula dan bersama-sama memenuhi janji kami untuk merealisasikan diri ke perkhemahan yang dirancang.

Akhirnya, setelah beberapa jam, akhirnya kami sampai di tapak perkhemahan dengan selamat. Tiada yang lebih mengembirakan dari perasaan bersama – sama dengan rakan yang lain dalam walaupun pelbagai dugaan dan cabaran dihadapi di siang hari. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge