Sosial

Penting ke seni mempertahankan diri?

Bila kita memperkatakan mengenai seni mempertahankan diri, mesti kita akan teringat dengan seni silat, Taekwondo, karate mahupun Judo.

Dalam sedar atau tidak, seni mempertahankan diri ini, banyak membantu perkembangan diri, bukan sahaja ke atas kesihatan diri, malah keyakinan seseorang. Di kala ini, seni mempertahankan diri juga perlu terus diterapkan kepada anak-anak sekolah.

Self defensive

Disiplin boleh diterapkan ketika mereka dari kecil lagi. Bahkan bukan itu sahaja, mereka juga akan terdedah dengan mentaliti untuk menerima arahan dan beraktiviti kumpulan. Melalui seni mempertahankan diri ini, mereka bukan sahaja akan sihat dan aktif bahkan mereka juga akan akan lebih mudah berdikari seawal umur kanak- kanak.

Seni mempertahankan diri juga boleh dijadikan rutin untuk kesihatan. Contohnya seperti Muay Thai . Di kala ini, Gym Muay Thai tumbuh pesat kerana permintaan yang tinggi dari wanita-wanita yang melihat Muay Thai ini bukan sahaja untuk kesihatan badan malah untuk mempertahankan diri.

Muay thai

Jika kita lihat , seni mempertahankan diri seperti silat memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai pengenalan kepada budaya masyarakat melayu. Nilai-nilai murni dapat diterapkan terhadap pelapis-pelapis muda bahkan juga mereka akan didedahkan kepada nilai-nilai jati diri yang kuat.

Seni mempertahankan diri juga merupakan salah satu cabang untuk kita bersosial. Ia membantu untuk kita berkenal -kenalan dan saling berkongsi ilmu pengetahuan Sementara itu, seni pertahanan diri merupakan salah satu wadah yang baik untuk kita bersosial. Dengan kata lain, kita boleh menambah kenalan yang baru dengan mempelajari seni pertahanan diri.

Silat

Secara konklusinya, seni mempertahankan diri banyak memberi impak positif kepada individu dan juga masyarakat khususnya. Demi membina masyarakat yang cergas dan cerdas, tiada salahnya , seni mempertahankan diri didedahkan sejak bangku sekolah lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge