Sosial

Short Recharge Ke Penang

Short recharge ni biasanya tanpa dirancang. Bagi pendapat sendiri la. Tiada jarak masa yang ditentukan. Rasa diri dah penat bekerja , patut dah shoot ke mana- mana tempat tanpa ambil masa panjang untuk buat keputusan.

So kali ni, lepas penat dan bekerja dan hampir berbulan tak rechargekan diri, so pilih ke penang lepas kerja. Dan bezanya kalini. Memang tak plan langsung dan hanyalah sehelai sepingang.

Penang

Dari ofis terus heading ke penang, seperti biasa bersama ‘Partner in crime aku yang paling setia- Joziera ‘. Semua tercetus pagi tu juga, maybe dah lama kami berdua sendiri tak melepak bersama- sama dan sibuk dengan urusan kerja. So lepas setelkan few kerja, kami decide untuk terus bergerak ke utara. Dengan harapan dapat sampai ke penang by tengahri untuk makan kat tempat favourite .

Alhamdulillah, rezeki dah tertulis untuk kami. 3 jam perjalanan kami sempat sampai ke kedai makan yang memang dah lama dah janji nak bawah minah sorang ni. Menu yang nak sangat rasa tu hanya tinggal cukup-cukup untuk kami berdua aje. Rezeki tak pernah salah alamat. Hihihi.

Lepas puas makan, kami ambil keputusan untuk check in ke Hard Rock Hotel, Penang. Kaunter terkejut sebab kami sehelai sepinggang aje.Beg baju pun takde. Nama pun tourist kan? Hahaha. Harusla sehelai sepingang. Abis check-in, beli baju-baju persalinan sikit dan terus ke bilik.

Masuk bilik je, happy sangat. Sesuai sangat keadaan bilik tu untuk purpose percutian kami kali ni. Untuk ‘Recharge’. Sebab dah terbiasa sangat dengan keadaan bandar Penang pada waktu malam, maka kami decide untuk just lepak kat Hard Rock cafe aje untuk tengok Live Band sambil makan.

Dan Alhamdulillah, lagi sekali. Rezeki berpihak kepada kami. Menu yang kami sering cari di Hard Rock KL, akhirnya ada kat Hard Rock Penang. Puas kami cari Artichoke ni kal Hard Rock KL, ngupenya ada kat Penang.

Hari Kedua, sebelum kami pulang ke kl, kami mengambil keputusan untuk buat special treament kat Spa Hotel. Berlatar belakang kan bunyi air laut, pakej yang di ambil pun di buat di tempat special.

Selesai sudah recharge trip untuk kalini. Betul la apa orang kata. `tak perlu jauh pun nak recharge diri, buat je yang depan mata dulu ‘ . Kembali ke kesibukan tugasan harian. Berjumpa lagi pada next entry yea.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge