Sosial

Tempat pilihan membeli baju raya

Walaupun baru beberapa hari kita berpuasa, tetapi mesti sudah ramai yang tengah fikir-fikir lokasi-lokasi untuk membeli belah dan menyiapan persiapan raya.

Ada yang memilih untuk membeli kain Ela sahaja dan menempah di pusat-pusat jahit atau individu-individu yang mereka selesa tempah mengikut rekaan dan design yang dikehendaki. Ada juga yang memlilih ‘ready make’ kerana harga yang lebih murah, cepat dan juga mudah.

1. Jalan TAR

Bila terlintas mengenai persiapan hari raya, mesti kita akan terus teringat Jalan TAR. Segala persiapan lengkap boleh didapatai di sini. Dari tudung dan songkok, hinggalah ke kasut dan capal dengan harga yang murah dan berbaloi. Even, kalau pun aku tak membeli barang raya, mesti tetap akan singgah juga di bazar ramadhannya untuk membeli juadah berbuka puasa.

Jika korang pergi pada waktu-waktu hampir nak raya ataupun kaki last minute, memang Jalan TAR tempat nya, tapi jenuh la nak menghadap kesesakan dan kepadatan orang. Dengan banjiran diskaun sana- sini sepanjang jalan tu.

Jalan Tunku Abdul Rahman
2. Jalan Masjid India

Kalau korang rasa, Jalan Tar sangat padat dan ramai ribuan manusia, korang boleh jalan kaki sikit ke Jalan Masjid India. Dekat situ juga, korang boleh dapat pelbagai pilihan kelengkapan raya.

Jalan Masjid India
3. Jakel Mall

Bagi mereka yang mempunyai duit lebih bolehlah singgah ke Jakel Mall untuk mencari baju raya mengikut fesyen terkini. Ber’aircond’ lagi. Dan siapa yang rajin, boleh tunggu ‘ Happy Hour’. Siap boleh dapat set pakaian hari raya dengan harga yang melampau rendah.

Bagi pendapat aku, Jakel still lagi menawarkan harga mampu milik untuk setiap lapisan. 2-3 tahun ini, Jakel menampilkan artis-artis untuk mengayakan rekaan mereka. Siap ada nama lagi . Contohnya, Baju Melayu Aaron Aziz , Baju Melayu Awal Ashari dan lain-lain. Bagi aku personally, Jakel bijak mempromosikan brand mereka sendiri sehinggakan nama- nama pakaian raya itu sinonim dengan artis yang di pilih.

Jakel Mall, Jalan Munshi Abdullah, KL
4. Bangi Sentral

Untuk yang tinggal jauh sikit dari Kuala Lumpur, lokasi yang tidak asing menarik ketika membeli pakaian dan persiapan raya ialah Bangi Sentral. Bukan apa, banyak sangat kedai-kedai dan butik-butik pilihan sampai rambang mata jadinya.

Sesiapa yang kaki instagram, memang butik-butik pakaian yang terdapat dalam instagram tu, memang terdapat dekat bangi sentral ni. Nak cepat? Datang aje ke Bangi Sentral ni.

Bangi Sentral
5. Seksyen 7, Shah Alam

Seperti Bangi Sentral juga, Seksyen 7 juga boleh dijadikan lokasi pilihan. Terdapat banyak butik- butik vendor yang menjadi pilihan keluarga dan juga pelajar UITM khususnya. Ada kedai yang paling murah hingga yang mahal. Singgah aje, mesti korang akan dapat apa yang dihajat.

Seksyen 7, Shah Alam


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge