Sosial

Tips penting serta persiapan sebelum ke luar negara

Disebabkan baru sahaja melawat 3 negara baru-baru ini, aku ingin nak berkongsi 10 tips persiapan sebelum ke luar negara. Kerana kali ni, agak lain sikit perjalanan kerana melibatkan 3 negara sekaligus seperti ‘ Road Trip’.

Maklumlah, bila melibatkan perjalanan ke luar negara yang jauh, sedikit sebanyak ada perkara-perkara kecil yang sememangnya kita akan terlepas pandang, di mana terjadi pada diri sendiri.

Tips Pertama ialah, memastikan bil telefon kita sudah dibayar jika ada yang tertunggak. Kerana, setengah talian telefon, jika sudah sampai maximum limit, talian anda tidak akan berjaya diroaming.

Yang paling kritikal jika anda berjalan bersama kumpulan, dan memerlukan anda untuk roaming dan berkomunikasi.

Tips kedua ialah, anda perlu jadikan akaun-akaun penting anda di dalam online perbankan sebagai ‘favourite’. Contohlah kiranya, phone anda di sekat dan anda ingin membuat bayaran online perbankan ia akan lagi mudah jika anda telah settingkan akaun bayaran tertentu ke bahagian favourite,maka anda tidak perlu meminta TAC. Percayalah , ini la part yang paling penting.

Tips ketiga ialah jika anda memilih untuk melakukan travel ke beberapa negara dalam satu masa dan melibatkan pelbagai kenderaan public, aku suggestkan, anda merancang membawa beg- beg yang portable dan mudah diangkat. Jangan seperti bawak satu rumah pula pakaian. Korang juga yang pening nak handle nanti. Dan rancang juga shopping anda.

Tips keempat ialah ketahui suhu dan cuaca ke negara yang anda mahu pergi. Buat la research sikit mengenai cuaca. Bukan apa, mudahkan expectation korang mengenai pakaian yang sesuai dan juga persediaan mental.

Jika bercuti di musim sejuk pastikan mesti ada sekurang-kurangnya sepasang baju thermal, sepasang sarung tangan, sepasang stokin bulu tebal, sehelai muffler,sehelai baju sejuk atau sweater, sehelai winter coat . Nak murah beli saja pakaian musim sejuk terpakai atau bundle dan sampai di sana boleh shopping yang baru.

Badan, kaki, tangan sampai kepala kena hangat .Kalau pakai tudung memang ia sangat membantu sebab leher kita pun memang dah terlindung dari angin sejuk.Badan yang sejuk akan mengganggu mood bercuti.Lain-lain seperti penutup telinga dan heat pack ( di letak dalam poket baju untuk panaskan tapak tangan ) juga kalau ada bawa je.

Tips kelima, jangan lupa bawaklah makanan-makanan ringan dan mudah untuk dimakan. Sebab bukan semua makanan kat luar negara kita boleh makan. Contoh seperti Maggie, sambal kering, Brahim nasi, minuman sachet seperti Milo, Teh Tarik Nona dan Nescafe. Percayalah, korang akan pasti memerlukan nanti bertambahlah kalau korang kat luar negara lebih dari 10 hari.

Tips keenam, jika korang memilih untuk tinggal di Apartment. Perlulah membawa sabun Taharah- sabun untuk samak pinggan mangkuk dan sudu-sudu. Jangan ambil ringan mengenai hukum halal dan haram. Benda dah mudah, then kita bawak dan guna sahaja.

Tips Ketujuh, Bawa adaptor dan plug international.Plug negara luar tak sama dengan dalam negara kita. Sesetengah handphone dan kamera terutama semasa musim sejuk akan cepat baterinya mati. Kadang-kadang semalaman caj bateri pun sekejap dah tinggal satu bar aje.Bercuti dan tak dapat merakam gambar-gambar kenangan memang menghampakan.

Tips Kelapan, tulis nombor talipon  kedutaan malaysia di negara kita bercuti.Mereka penting jika berlaku sesuatu yang tidak di ingini. Simpan nombor ini di handphone dan juga buku nota kecil.

Tips kesembilan, jangan lupa bawak ubat seperti Paracatemol e.g Panadol dan juga ubat . Simpan ubat dalam satu bekas dan labelkan.Lekatkan senarai ubat di bekas atau plastik tersebut dan hanya tunjuk jika di tanya pada pegawai imigresen.Ia memudahkan pegawai imigresen memeriksa kerana mereka juga mahu cepat . Selalunya mereka juga akan bertanya samada kita nak declare apa-apa. Tidak perlu sorok apa-apa kerana ia hanya menyebabkan mereka rasa was-was dengan anda.

Tips kesepuluh , yang paling penting ialah perbaharui passport anda di pejabat  imigresen jika tempoh sah passport kurang dari 6 bulan. Jangan renew passport pada saat saat akhir kerana kadangkala jika tak bernasib baik kita tak dapat nombor atau  sistem pengurusan pejabat imigresen tak dapat berfungsi. Nak renew passport sekarang hari sabtu dan ahad pun dah boleh di sesetengah tempat.

Ini adalah sebahagian daripada tips- tips dari aku berdasarkan pengalaman aku baru- baru ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge